Showing posts with label Islam. Show all posts
Showing posts with label Islam. Show all posts

Setiap manusia tidak terlepas daripada melakukan kesalahan, terutamanya berburuk sangka. Berikut adalah beberapa panduan untuk mengubati perasaan buruk sangka.

6 Cara Mengubati Buruk Sangka

  

Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata, “Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat.”

Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata, “Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka bolehlah kamu melakukan maksiat.”

Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya, “Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?”

Ibrahim bin Adham berkata, “Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezekinya.”

Mendengar itu dia mengenyitkan kening seraya berkata, “Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah?”

“Ya!” tegas Ibrahim bin Adham. “Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya?”


“Yang kedua,” kata Ibrahim, “Kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumi-Nya!”

Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati.

Ibrahim kembali berkata kepadanya, “Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya, sedangkan kamu melanggar segala laranganNya?”

“Ya! Anda benar.” kata lelaki itu.


Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga. Ibrahim menjawab, “Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-Nya!”

Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata, “Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?”

“Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu masih berkeinginan melakukan maksiat?” kata Ibrahim.
Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat.


 Ibrahim melanjutkan,“Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya; Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh.”

Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar, “Wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?”

“Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?”
“Baiklah, apa syarat yang kelima?”

Ibrahim pun menjawab, “Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya.”

Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata, “Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya.”

Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran. “Mulai saat ini aku bertaubat kepada Allah.” Katanya sambil teresak-esak.



     

5 Syarat Manusia Dibenarkan Membuat Maksiat



Assalamualaikum sahabatku, sahabat sejantinaku, sahabat yang menjadi sahabatku atas izin dan takdir ALLAH SWT.

Aku telah menerima khabar daripadamu. Tampaknya kau agak kecewa dengan dirimu. Tentang keputusan SPMmu, tentang rakan-rakanmu, tentang impianmu yang nampaknya agak kabur untuk kaulihat, menurutmu.

Sahabatku yang kurindui kerana ALLAH,
Aku merindui dirimu. Aku merindui kekuatanmu. Malah aku sungguh cemburu kepadamu! Mengapa? Aku dapat mengagak, kau pasti akan berkata, keputusanku lebih baik daripadamu. Aku kini telah berjaya menyambung pelajaran, tidak sepertimu.

Aduhai sahabatku, hidup ini sungguh lebih luas dan besar maknanya daripada setakat keputusan SPM dan universiti semata-mata. Tidak kunafikan kepentingannya, tapi sahabatku sayang, pandanglah hidup yang sementara dan fana ini daripada sisi yang berbeza.

Aku sering teringat kata-kata Dr. Danial Zainal Abidin lewat salah satu ceramahnya;
"Apabila manusia melihat dunia ini daripada dimensi akhirat, dia akan berasa dunia ini amat kecil sekali."

Sahabatku yang kucemburui kerana ALLAH,
Aku cemburu kepadamu kerana sungguh, ALLAH sangat banyak mengujimu! Hidup beberapa tahun denganmu cukup menjadikanku saksi atas segalanya. Masya ALLAH, sayang sungguh ALLAH kepadamu, sahabatku. Ingin tahu kenapa aku cemburu?

"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya."
Surah Al-Baqarah, ayat 286.

Dan memandangkan ALLAH memberikan ujian yang menurut perhatianku agak mencabar, ini maknanya kau memang orang yang hebat dan cukup layak diberikan ujian yang juga hebat! Itu kata ALLAH dalam ayat terakhir Surah Al-Baqarah tersebut, sahabatku. Cemburunya aku, sahabat. Kau sungguh hebat. Kau orang terpilih. Hanya kau yang cukup layak bagi ALLAH untuk menjalani ujian tersebut. Kau, sahabatku. Bukan aku. Bukan kami,sahabat-sahabatmu. Tapi kau. Kau yang terpilih!



Dan aku tumpang gembira, sahabatku.

Sahabatku yang kusayangi kerana ALLAH,
Teruskanlah perjuanganmu, sayang. Jangan pernah berputus asa daripada rahmat ALLAH. ALLAH does not say the road is going to be easy, but ALLAH does say that ALLAH is going to be with us, forever.

"Hai orang-orang yang beriman, mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan (mengerjakan) solat, sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar."
(Al-Baqarah:153)

"Sesungguhnya ALLAH beserta orang-orang yang sabar." Nah, ini buktinya, ALLAH bersamamu, sahabatku!
Bersabarlah demi mardhatillah, sahabatku.

"Dan bersabarlah kamu bersama-sama dengan orang-orang yang menyeru Tuhannya di pagi dan senja hari dengan mengharap keridhaan-Nya."
(Al-Kahfi:28)

Ketahuilah, bahawa ALLAH tidak sekali-kali menciptakan kita dengan sia-sia. Ketahuilah bahawa setiap orang, setiap organism, setiap benda, sekecil-kecil sehingga sebesar-besarnya ada kelebihan dan hikmahnya, asal saja kita mahu berfikir.
Even parasites have their own specialities, which is having thick outer cuticle, in order to resist the hydrolysis by the enzymes of the host.

Begitulah kita sepatutnya jadi sahabatku. Kuatkan prinsip dan pegangan diri. Biarlah apa orang kata, biarlah THICK OUTER CUTICLE kita yang diperbuat oleh IMAN DAN TAKWA itu kekal memagari diri, agar diri terpelihara, agar semangat tetap membara, walau apapun yang dating, cuba mempengaruhi kita agar putus asa daripada rahmat-NYA, Yang Maha Pemurah, Yang Maha Pemberi Rezeki.

Jadilah seperti parasite yang sentiasa dapat mengikis enzyme yang disuntik syaitan laknatullah dengan thick cuticle of iman dan takwa.

Lihatlah, sedangkan parasit yang kita benci dan geli ini pun, ada hikmah di sebalik penciptaannya yang boleh kita fikir. Apatah lagi kita, manusia. Apatah lagi dikau, sahabatku, yang lengkap dengan akal yang sempurna, malah terbukti selaku seorang hamba-NYA yang taat dan tabah pula. Tentu dikau satu hari nanti boleh melakukan perubahan pada dunia ini, walaupun hanya kepada seorang, tetap pasti ada hikmah penciptaan dirimu kepada dunia ini. Everyone may not be good, but there is something good in everyone, insyaALLAH. Ketahuilah, dunia ini mungkin sahaja tidak lengkap tanpamu!

 Aku mungkin kini tidak di sisimu lagi, namun doa mengikat kita, dekat dalam hati. InsyaALLAH. Selagi aku masih bernyawa, selagi kau masih mengingatiku, selagi kau masih sudi menganggapku sebagai sahabatmu, dan pastinya selagi ALLAH mengizinkan, aku tetap sahabatmu. Ke manapun kita pergi selepas ini, moga ukhuwah kita akan terus bersemi.
Sahabatku, La Tahzan, Innallaha Ma'ana.

"Dan janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah (pula) kamu bersedih hati padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi(darjatnya) jika kamu orang-orang yang beriman."(Ali-Imran, Ayat 139)

Sekali lagi, ketahuilah,
Dunia ini tidak lengkap tanpamu.
Kerana dengan sebab itu, aku tidak dapat belajar erti persahabatn daripadamu!
SubhanALLAH. ALLAHlah sehebat-hebat pengatur dan pelaksana!
Sekian, jaga iman, jaga peribadi, wahai sahabatku yang kusayangi kerana Ilahi. See you di IPT, insyaALLAH.
Kepada para da'ie, ukhuwah itu sungguh, sangat penting. People don't care how much you know, they want to know how much you care.
Contohilah RASULULLAH SAW. (^^,)
- Artikel iluvislam.com

Biodata Penulis

Syahmin Syafinie binti SaparudinAnak jati Tawau, Sabah serta merupakan bekas pelajar MRSM. Bakal melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan insyaALLAH. Mohon didoakan..

Sahabatku, Dunia Ini Tidak Lengkap Tanpamu!

Mungkin ramai diantara kita yang merasai menjadi muslim kerana faktor keturunan. Namun pernahkah kita terfikir adakah kita mengamalkan cara hidup islam? Adakah kita selalu bermuhasabah dan bertanya pada diri kita sendiri "Adakah aku seorang individu muslim yang baik?" Tapi pasti ramai diantara kita lebih memilih untuk terus khayal dengan cinta manusia yang merosakkan, atau kita lebih memilih untuk berfikir soal hidup daripada mati. Akhirnya kita menjadi manusia yang jauh dari Ilmu Allah dan tersungkur di lembah kejahilan yang penuh nista. Persoalannya kini, siapakah yang akan menyelamatkan mereka yang hidup dalam dunia bergelumang dosa dan jahil tentang hakikat kehidupan di dunia ini? 

Firman Allah:

"Tidak Aku ciptakan jin dan Manusia melainkan hanya untuk beribadah kepada-Ku."
(Surah Adz -Dzariyat, 56) 


Hidup ini sebuah perjuangan, dan perjuangan untuk membebaskan saudara seislam kita dari kejahilan merupakan satu jihad yang sangat mulia. Adakah Allah anugerahkan ilmu kepada insan-insan yang fakeh tentang islam hanya bertujuan untuk mengauli "kaki-kaki masjid dan surau"? Adakah ilmu Allah ini terpilih kepada mereka yang mahukan islam ? Ilmu Allah itu tiada batasnya. Menjadi tanggunjawab kita sebagai seorang muslim yang Allah kurniakan sedikit ilmu untuk mendekati golongan-golongan jahil ini.

Firman Allah:

 "Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal yang soleh dan berkata : Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri." (Surah Fussilat : 33) 


Wahai para daei, adakah daqwah itu hanya semata-mata kalian mengajak mereka yang hanya mahukan islam dan tidak menyantuni mereka yang jauh dari Islam? Adakah ilmu kamu terlalu suci sehingga kamu merasakan terhina apabila berkongsi ilmu dengan penjahil-penjahil ini ? Kenapa kalian tinggalkan penjahil-penjahil ini jauh dibelakang? Mengapa apabila kalian melintasi mereka hanya pandangan sinis yang kalian lontarkan? Adakah penjahil-penjahil ini tiada nilai di sisi Allah? Muhasabah wahai para daei, mujahid dan mujahiddah. Tegar kamu membiarkan saudaramu sedemikian rupa? Terlalu hinakah mereka? Adakah uslub daqwah yang kalian gunakan hanya semata-mata untuk insan yang kalian sangka baik? Jika kamu berfikir sedemikian rupa, betapa kita kini mempunyai para daei yang tiada jiwa ummah. 

Percayalah, setiap insan yang Allah ciptakan itu punya nilai disisi Allah. Kejahilan Mereka adalah Aset Kita.

Kejahilan Mereka , Aset Kita




Aku masih melihat
Mereka duduk menghilai tawa
Bersama mengharungi dunia penuh gembira
Meskipun urusan ummah belum selesai

Bersama mengharungi dunia penuh gembira
Meskipun urusan ummah belum selesai

Aku masih melihat
Mereka menikmati hidangan penuh lazat
Umpama tiada apa yang perlu dibimbang
Walaupun musuh islam terus meratah darah

Aku masih melihat
Kesibukan mereka untuk dunia
Umpama dunia itu segalanya
Hatta masih ada dunia selepas dunia

Aku masih melihat
Kekasih berpegangan tangan
Tiada segan, tiada silu
Hingga lupa Allah sentiasa memerhati

Aku masih melihat
Islam sudah hilang serinya
Islam diinjak penuh nista
Namun penganutnya terus alpa

Aku masih melihat
Sudah kurang insan ghuraba'
Umpama air kontang di musim kemarau
Maka siapa yang mahu menjadi penyelamat

Aku Masih Melihat

Terkadang,
Angin yang lembut itu bisa berubah kencang,
Dan manusia yang sedang ketawa itu,
Terus menangis gundah..
"hahahaha" Satu hari, Adam seronok bergelak ketawa, sambil kaki berjalan mengundur.
Gedebuk!
Seperti nangka sahaja jatuhnya, semua yang ada terkejut.
Adam kembali bangun, menggosok-gosok punggungnya, "HAHA. tak sakit tak sakit." Katanya selamba.
Ah anak kecil ini.
Dahulu Kita Juga Sepertinya
Sahabat,
Dahulu, Sewaktu kita kecil kita juga kuat. Banyak kali kita terjatuh ketika cuba hendak berjalan, tapi akhirnya kita bangkit kembali. Banyak kali kita 'dikecewakan' kerana tidak dapat menjamah semua makanan, tapi selepas itu kita ketawa kembali. Banyak kali kita bergaduh dengan teman sebaya, tapi selepas itu kita kembali bersapa dan berbual mesra.
Tapi,Semakin kita menginjak dewasa, kekuatan itu semakin hilang.
Waktu ditimpa dugaan, kita asyik bersedih.
Waktu disapa ujian, kita asyik merungut.
Kita asyik menuding jari kepada Allah, sedang Allah telah pun memujuk kita dengan ayat-ayat cintaNya :

Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,
(Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.(Al-Insyirah : 5-6)


Terkadang ada manusia yang jadi malas beribadat, tidak lagi percaya kepada Allah. Sedang Allah setia menunggu, rintihan dan doa dari hamba yang amat dirinduiNya..
Sahabat,
Dahulu, seorang sahabat Nabi, ketika ujian tidak ditimpakan kepadanya, dia berasa gundah dan sedih, soalan yang sama diulang-ulang : Apakah Allah telah lupa kepadaku?
Sekarang sahabat,
Allah menguji tidaklah sehebat ujian yang ditimpakan kepada ummat terdahulu.
Kita tidak ditimpakan ujian sehebat Zainab puteri Rasulullah yang terpaksa memilih antara suami yang masih jahiliyyah atau ayah tercinta.
Kita tidak ditimpakan ujian sehebat Sumayyah yang seisi keluarganya dibunuh di hadapan mata.
Kita tidak ditimpakan ujian sehebat Bilal bin Rabah, dijemur, diseksa, dihempap batu.
Sahabat,
Allah sungguh kasih kepada kita. Tapi berbalaskah kasih itu?
Jangan Menyalahkan Takdir
Ada orang, yang usahanya sedikit, dan bila datang sesuatu yang tidak memuaskan, dia berkata : Ini adalah takdir.

Sahabat,
Kata-kata begitu hakikatnya seolah-olah kita menyalahkan takdir. Sesuatu yang belum berlaku tidak dinamakan takdir, bahkan kita masih ada peluang untuk mengubahnya.
Jika semuanya mahu bergantung kepada takdir, maka orang jahat tidak akan berubah menjadi baik kerana takdirnya sudah jahat.
orang miskin tidak perlu berusaha mencari duit, kerana takdirnya sudah miskin.
Pelajar corot tidak perlu belajar kerana takdirnya sudah corot.
Begitukah?
Mari kita baca satu cerita :
Ketika wabak penyakit berlaku di Syam, Umar Al-Khattab telah bermesyuarat dan mengambil keputusan untuk tidak memasuki Syam.
Ada yang bertanya : Adakah engkau melarikan diri daripada Qadar Allah wahai Amirul Mukminin?
Beliau menjawab : ya, kita lari daripada Qadar Allah kepada Qadar Allah. Apa pendapat kamu jika kamu berada di atas dua jenis tanah iaitu yang subur dan kering. Bukankah jika kamu usahakan yang subur, kamu mengusahakannya dengan Qadar Allah dan jika kamu ushakan yang kering, kamu mengusahakannya dengan Qadar Allah juga?
Nak dengar cerita lagi?
Suatu ketika, seorang lelaki telah kalah dalam satu perbahasan dan berkata "Allah telah menentukan bahagianku."
Nabi SAW memarahinya kerana berkata demikian.Lahiriahnya kata-kata itu menggambarkan iman tetapi hakikatnya menampakkan kelemahan.
Sabda baginda:
"Allah membenci orang yang lemah, tetapi apabila tewas dalam suatu urusan kamu berkata: Bahagianku telah ditentukan oleh Allah."
Berusaha dan berusahalah dengan bersungguh, pilihlah takdir yang kita mahu... sehingga di pengakhiran usaha, ada sesuatu yang kita dapat setelah berusaha, barulah berkata : inilah yang telah ditentukan Allah buatku.
Tanya pada diri, apa usaha kita, dan jangan asyik berkata "Ala,dah takdir.."
Jadilah kuat. Islam itu hebat, maka mari jadi hebat untuk Islam.
Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri.
(Ar-Ra'd :11)
Berimanlah kepada Qada' dan Qadar Allah ; berusaha dengan apa yang kamu termampu dan berserah dengan kekuasaan Allah. Bekerjalah tanpa putus asa.
Jernihkan fikrah kita. Islam itu amaaaatttt Indah.
 Berusaha!
Fighting!
Tatkala hujan yang lebat itu telah pergi,
Pelangi memuncul diri,
Dan manusia,
Terus merungut mengenangkan hujan yang telah pun berlalu..
 

Jangan Menyalahkan Takdir