Jauhi Godaan Wanita
               Riwayat: Muslim        
               Kategori: Akhlak 
Hadith: 
   Daripada Abu Said al-Khudri RA daripada Nabi SAW sabdanya,  “Sesungguhnya dunia itu amat manis dan indah pada pandangan mata.  Sesungguhnya Allah melantik kamu menjadi pemerintah di dunia ini dan  Allah memerhatikan bagaimana kamu bekerja. Oleh itu takutlah (Jauhi)  fitnah dan takutilah tipu daya atau godaan wanita. Sesungguhnya fitnah  pertama terhadap Bani Israil berlaku disebabkan wanita.”
Huraian Hadith: 
-  Tergoda pada wanita boleh berlaku dengan pergaulan bebas dan  memandang kepada bahagian tubuh yang membangkitkan nafsu (bagi wanita  asing yang bukan isteri) atau berseronok dengan isteri hingga terlupa  menunaikan kewajipan agama.
 
-  Kita hendaklah mengambil pengajaran daripada kisah umat-umat  terdahulu, kerana apa yang berlaku kepada Bani Israil tidak mustahil  berlaku kepada orang lain jika mereka melakukan sebab-sebabnya.
 
-  Pengaruh dunia dan nafsu boleh menjauhkan manusia daripada bertakwa kepada Allah.
 
-  Manusia telah diberi penghormatan oleh Allah di muka bumi ini dengan menjadikannya sebagai khalifah Allah.
 
-  Setiap gerak-geri manusia sentiasa diperhatikan Allah.
 
-  Bertaqwalah kepada Allah untuk mengelakkan diri daripada berlakunya  fitnah kerana fitnah itu sering berlaku disebabkan kemewahan dunia dan  disebabkan wanita. 
 
 
 
 
 
 
